================================================================ PENAMBAHBAIKAN LOGIK V6.1 (WAJIB, MENGATASI ARAHAN V6 JIKA BERCANGGAH) ================================================================ Tujuan: setiap keputusan kategori, skor dan tahap keseluruhan mesti boleh diulang oleh juruaudit lain dengan hasil yang sama. L1. LOGIK PENGELASAN BERASASKAN KATEGORI (DUA PERINGKAT) Setiap penemuan diuji mengikut definisi dan petunjuk kategori dalam Bahagian Kategori. Kategori ditentukan oleh SIFAT ISU dahulu, kemudian PUNCA AKAR. Gejala sahaja (contoh: lewat, tidak lengkap) tidak menentukan kategori. PERINGKAT A — SIFAT ISU (uji mengikut urutan; berhenti pada padanan pertama yang disokong fakta dokumen) A1. K7 Penyelewengan/Ketirisan — WAJIB ada sekurang-kurangnya satu petunjuk utama: (i) kutipan/transaksi tertentu tidak dapat disahkan; (ii) perbezaan material antara rekod operasi dan rekod kutipan/kewangan tanpa penjelasan berdokumen; (iii) konflik kepentingan; (iv) penggunaan aset/sumber untuk tujuan tidak rasmi. Petunjuk sokongan (kawalan tunai lemah, pengasingan tugas lemah, resit tidak individu) SAHAJA tidak mencukupi untuk K7: kelaskan mengikut punca akar (Peringkat B) dan catat sebagai "ruang risiko K7" dalam jadual 5B-1. Bahasa wajib: "petunjuk risiko ketirisan … bukan tuduhan penyelewengan dan memerlukan semakan lanjut". A2. K2 Tiada Mandat — keputusan/tindakan dibuat tanpa kuasa, lantikan, perwakilan kuasa atau kelulusan pihak berkuasa yang sah, dan dokumen menyebut isu kuasa itu. Ketidakpatuhan tatacara (contoh: PT dikeluarkan lewat) BUKAN K2 jika kelulusan pihak berkuasa wujud. A3. K5 Pembaziran — sumber TELAH dibelanjakan/diperoleh tetapi manfaatnya tidak direalisasikan (aset tidak digunakan, langganan tidak digunakan, stok tamat tempoh, projek tidak memberi manfaat). Peruntukan/wang yang belum dibelanjakan BUKAN K5. A4. K6 Pemborosan — sumber masih berguna tetapi kuantiti/spesifikasi/kos/kapasiti melebihi keperluan munasabah, bayaran melebihi kelayakan, atau Audit menyatakan "lebihan". PERINGKAT B — PUNCA AKAR (jika tiada padanan A1–A4; tentukan berdasarkan punca yang dinyatakan Audit/Auditi dan sasaran syor Audit) B1. K4 Kecuaian — peraturan/tempoh/tanggungjawab telah jelas DAN punca ialah tindakan atau ketiadaan tindakan pegawai (tidak menyemak, lewat, tidak menyusul, tidak menyelenggara) tanpa punca struktur atau teknikal dinyatakan. B2. K3 Kesilapan/Isu Teknikal — punca ialah sistem, integrasi, data/rekod, klasifikasi, peralatan usang/rosak atau reka bentuk/kualiti binaan. B3. K1 Tadbir Urus — punca ialah dasar, peraturan, prosedur, peranan, pemilik proses, penyelarasan, pemantauan pengurusan atau kompetensi yang tidak wujud/tidak jelas/tidak memadai, walaupun ada peraturan umum yang tidak dipatuhi. Sumber punca (keutamaan menurun): (1) Pendapat Audit; (2) Syor Audit; (3) maklum balas Auditi. Maklum balas Auditi TIDAK mengatasi Pendapat Audit. Petunjuk syor: syor "wujudkan/tambah baik/pinda peraturan, prosedur, panduan atau peranan" = tanggungjawab belum jelas (gagal B1, arah ke B3); syor "pegawai/PTj diberi peringatan" atau "pastikan pegawai mematuhi" = tanggungjawab jelas tetapi tidak dilaksanakan (B1); syor "baiki/ganti/tambah baik sistem, peralatan, rekod" = B2. Pendapat templat: jika Pendapat/Syor yang sama diulang bagi banyak penemuan dalam satu tajuk (contoh "tiada peraturan pengurusan bangunan"), elemen templat itu dianalisis sebagai isu berulang/tadbir urus peringkat tajuk (Bahagian 4); kategori setiap penemuan ditentukan oleh punca atau syor yang KHUSUS kepada penemuan itu. Pemutus seri Peringkat B: (a) punca yang dinyatakan secara jelas dalam Pendapat Audit; (b) jika lebih daripada satu punca, pilih punca yang menjadi sasaran majoriti syor Audit; (c) jika masih seri: K1 (struktur) > K3 (teknikal) > K4 (individu). Peraturan umum: - Jika tiada ujian dipenuhi dengan bukti: "Belum dapat dikelaskan — bukti tidak mencukupi". - Hanya tujuh kategori K1 hingga K7 wujud. TIADA K8. Status kelapan ialah "Belum dapat dikelaskan" dan ia bukan kategori; K1 + … + K7 + Belum dapat dikelaskan = N. - Jangan meneka kategori berdasarkan kesan, nilai kewangan, perkataan dalam tajuk atau andaian tentang niat/punca; kategori ialah sifat/punca DOMINAN yang disokong bukti. - Isu yang sama merentas tajuk mesti diberi kategori yang sama melainkan punca berbeza dinyatakan. - Justifikasi kategori mesti menyebut ujian yang dipenuhi (contoh: "A1(ii)", "B2") dan sebab ujian sebelumnya tidak dipenuhi apabila relevan (contoh: "bukan K7 kerana bayaran direkodkan oleh bank"). L2. RUBRIK KEMUNGKINAN (L) 1 = kes terpencil/sekali. 2 = satu lokasi/PTj atau ≤3 transaksi. 3 = beberapa lokasi/PTj, berulang dalam tempoh audit, atau isu berulang merentas tajuk. 4 = sistemik (seluruh populasi, ≥20 transaksi/lokasi, atau proses manual menyeluruh). L3. RUBRIK IMPAK (I) 1 = ketidakselesaan/kekemasan. 2 = kesan operasi/kewangan terhad atau amaun tidak dinyatakan. 3 = kewangan material (≥RM100,000), keselamatan/kesihatan, integriti hasil, atau akauntabiliti kepada Kementerian. 4 = kehilangan besar, kecederaan serius atau pelanggaran undang-undang yang disahkan. Justifikasi L dan I mesti menyebut kriteria rubrik yang dipenuhi. L4. TAHAP RISIKO KESELURUHAN (apabila N_belum = 0) KRITIKAL jika ada sekurang-kurangnya satu penemuan Kritikal. TINGGI jika penemuan Tinggi ≥ 33.3% daripada N. SEDERHANA jika penemuan Tinggi 10%–33.3%, ATAU terdapat isu kronik (L5). RENDAH jika penemuan Tinggi < 10% dan tiada isu kronik. Nyatakan peratus dan peraturan yang digunakan dalam justifikasi. L5. TREND DAN ISU KRONIK (Bahagian 4A) Jika dokumen meliputi lebih daripada satu tahun/mesyuarat JKA, sediakan jadual perbandingan mengikut tahun (jumlah penemuan, Tinggi/Sederhana/Rendah, K1–K7). Isu berulang yang muncul dalam lebih daripada satu tahun laporan = ISU KRONIK (punca akar belum diselesaikan). Senaraikan tajuk bagi setiap tahun. L6. SEMAKAN KHUSUS K5/K6/K7 (Bahagian 5B-1) Sediakan jadual: ID Penemuan | Kategori Diuji | Fakta Dokumen | Keputusan (dikelaskan / kekal Kx dengan sebab). Uji semua penemuan melibatkan wang tidak dikutip, perbezaan rekod, aset tidak digunakan atau pembelian berlebihan. L7. UJIAN KONSISTENSI PENARAFAN (Bahagian 6B) Jangan ubah penarafan rasmi. Tandakan "Perlu perhatian" bagi tajuk berpenarafan "Baik"/"Memuaskan" yang mempunyai ≥2 penemuan Tinggi atau sebarang K6/K7. L8. KEUTAMAAN FOKUS PENGURUSAN (Bahagian 6A) Susun mengikut: (a) skor R tertinggi, (b) kehadiran K7/K2, (c) status isu kronik, (d) nilai kewangan yang dinyatakan. L9. SEMAKAN ARITMETIK SUMBER Jumlahkan semula setiap jadual yang digunakan. Jika jumlah, tajuk perenggan dan jadual tidak sepadan, laporkan dalam Batasan Analisis dan gunakan angka yang dijumlahkan semula; jangan betulkan senyap-senyap. L10. LIPUTAN FOLDER Kira laporan berdasarkan halaman "Dikeluarkan oleh" dalam setiap PDF. Surat iringan dan cetakan e-mel bukan sumber penemuan. Fail pendua (hash sama) tidak dikira dua kali. L11. BAHASA Gunakan Bahasa Melayu Malaysia baku (DBP). Jangan gunakan istilah Indonesia (contoh: karena, terkait, analisa, efektif, resiko, praktek, metode, manajemen, rekonsiliasi). Gunakan "dikemas kini", "diperoleh", "kuat kuasa", "penyesuaian rekod". L12. CHECKPOINT QA TAMBAHAN - Logik dua peringkat L1 (A: sifat isu, B: punca akar) digunakan untuk setiap penemuan; justifikasi menyebut kod ujian. - Justifikasi L/I merujuk rubrik L2/L3. - Tahap keseluruhan mengikut L4. - Isu kronik dikenal pasti jika data berbilang tahun. - Jadual 5B-1 dan 6B disediakan. - Tiada istilah Indonesia.