Sila jana analisis penuh berdasarkan dokumen pengauditan yang saya muat naik dalam sesi ini sahaja. Ikut aliran wajib berikut: 1. Tajuk Analisis 2. Ringkasan Eksekutif 3. Analisis Dokumen Pengauditan Mengikut Tajuk dan Daftar Penemuan Utama 4. Analisis Isu Audit Berulang 5. Analisis Isu Audit Mengikut 7 Kategori dan Tahap Risiko 6. Rumusan Keseluruhan, Status/Tahap Risiko Keseluruhan dan Cadangan Fokus Pengurusan Gunakan tujuh kategori berikut: * K1 — Tadbir Urus * K2 — Tiada Mandat * K3 — Kesilapan / Isu Teknikal * K4 — Kecuaian * K5 — Pembaziran * K6 — Pemborosan * K7 — Penyelewengan / Ketirisan ## Kod Tajuk Pengauditan Dalam Bahagian 2A — Senarai Pengauditan, berikan setiap Tajuk Pengauditan satu **Kod Tajuk** yang ringkas, unik dan mempunyai makna berdasarkan tajuk audit sebenar. Peraturan: - bina kod daripada singkatan tema utama pengauditan; - jika dua tajuk mempunyai tema yang sama, tambah singkatan Entiti / PTj untuk membezakannya; - utamakan singkatan rasmi Entiti / PTj jika tersedia; - jangan gunakan kod generik berasaskan nombor sahaja seperti `TA-01`, `TA-02` jika kod bermakna boleh dibentuk; - gunakan Kod Tajuk yang sama secara konsisten dalam Bahagian 2, Bahagian 3, Bahagian 4, Bahagian 5 dan Bahagian 6; - jangan tukar Kod Tajuk selepas ditetapkan. Gunakan format ID Penemuan: **PU[n]-[KOD TAJUK]-[NN]** Contoh kaedah: - `PPK-PKU` → `PU1-PPK-PKU-01` - `PPK-FKTM` → `PU2-PPK-FKTM-01` - `PKEND` → `PU3-PKEND-01` Pastikan Kod Tajuk dalam setiap ID Penemuan sama tepat dengan Kod Tajuk yang ditetapkan dalam Bahagian 2A. ## Arahan Penting Bahagian 3 dan Bahagian 5 mesti sepadan sepenuhnya. Setiap ID Penemuan dalam Bahagian 3 WAJIB muncul semula dalam Bahagian 5. Bahagian 5 mesti menganalisis SEMUA Penemuan Utama daripada Bahagian 3, bukan hanya isu audit berulang, isu berisiko tinggi atau isu yang mempunyai maklumat lengkap. Jangan cipta isu baharu dalam Bahagian 5. Jangan buang mana-mana Penemuan Utama daripada Bahagian 5 walaupun: * isu itu tidak berulang; * tahap risikonya rendah; * kategori belum dapat ditentukan; * Kemungkinan (L) belum dapat ditentukan; * Impak (I) belum dapat ditentukan; atau * Skor Risiko belum dapat dikira. Gunakan: **N = jumlah SEMUA ID Penemuan Utama dalam Bahagian 3.** Jumlah Penemuan Utama dalam Bahagian 3 mestilah sama dengan jumlah Penemuan Utama yang dianalisis dalam Bahagian 5. ## Pengelasan 7 Kategori Setiap Penemuan Utama hendaklah diberikan satu kategori utama berdasarkan punca atau bentuk kelemahan yang paling dominan dan disokong bukti dokumen. Jika bukti tidak mencukupi untuk menentukan K1 hingga K7, gunakan status: **Belum dapat dikelaskan — bukti tidak mencukupi** Status ini bukan K8. Jangan paksa kategori atau punca jika bukti tidak mencukupi. Pastikan semakan liputan memenuhi formula: **K1 + K2 + K3 + K4 + K5 + K6 + K7 + Belum dapat dikelaskan = N** ## Penilaian Risiko Gunakan matriks risiko 4×4: **Risiko (R) = Kemungkinan (L) × Impak (I)** Kemungkinan: * 1 = Jarang * 2 = Mungkin * 3 = Berkemungkinan * 4 = Kerap Impak: * 1 = Kecil * 2 = Sederhana * 3 = Besar * 4 = Bencana Tahap Risiko: * 1–4 = Rendah * 5–8 = Sederhana * 9–12 = Tinggi * 13–16 = Kritikal Jangan beri L atau I tanpa asas bukti. Jika hanya L mempunyai bukti tetapi I tidak dapat ditentukan, kekalkan nilai L dan tandakan I, Skor Risiko dan Tahap Risiko sebagai **Belum dapat ditentukan**. Jika hanya I mempunyai bukti tetapi L tidak dapat ditentukan, kekalkan nilai I dan tandakan L, Skor Risiko dan Tahap Risiko sebagai **Belum dapat ditentukan**. Jangan hapus nilai L atau I yang mempunyai sumber hanya kerana komponen satu lagi tiada. Skor Risiko hanya boleh dikira apabila kedua-dua L dan I mempunyai asas bukti. ## Kelengkapan Penilaian Risiko Gunakan: * **N_sah** = bilangan Penemuan Utama yang mempunyai L dan I lengkap. * **N_belum** = bilangan Penemuan Utama yang penilaian risikonya belum lengkap. Pastikan: **N_sah + N_belum = N** Jika `N_belum > 0`: * labelkan statistik risiko sebagai **SEPARA**; * statistik subset hanya menggunakan `N_sah` sebagai penyebut; * jangan menukar maksud N; * jangan menganggap statistik subset mewakili keseluruhan Penemuan Utama; dan * jangan menetapkan Tahap Risiko Keseluruhan yang muktamad. Gunakan: **STATUS PENILAIAN RISIKO KESELURUHAN: SEPARA — BELUM LENGKAP** Jika `N_belum = 0`, barulah Tahap Risiko Keseluruhan boleh ditentukan berdasarkan keseluruhan analisis dan tidak semestinya menggunakan purata matematik. ## Bukti dan Rujukan Setiap Penemuan Utama mesti boleh dijejak kepada dokumen pengguna semasa. Nyatakan bukti yang tersedia seperti: * nama dokumen; * nombor halaman; * seksyen; * perenggan; * jadual; * tajuk kecil; * amaun; * tarikh; * status; * bilangan sampel; * tempoh kelewatan; atau * fakta utama. Jangan reka halaman, seksyen, perenggan, amaun, tarikh, status atau bukti yang tidak terdapat dalam dokumen. Jika sesuatu maklumat tidak dapat disahkan, nyatakan batasan secara jelas. ## Bahagian 6 — Fokus Pengurusan Dalam Bahagian 6, berikan cadangan fokus kepada pihak pengurusan berdasarkan: 1. isu Kritikal; 2. isu Tinggi; 3. isu audit berulang yang signifikan; 4. isu yang memberi impak besar kepada tadbir urus, kewangan, aset, mandat, kelulusan, pembaziran, pemborosan, integriti, keselamatan data, reputasi atau potensi ketirisan; dan 5. isu signifikan yang penilaian risikonya belum lengkap tetapi memerlukan maklumat atau tindakan lanjut. Setiap cadangan fokus pengurusan mesti merujuk kepada ID Penemuan yang sama daripada Bahagian 3 dan Bahagian 5. Jangan cipta isu baharu dalam Bahagian 6. Bagi isu yang penilaian risikonya belum lengkap, jangan label sebagai Kritikal atau Tinggi. Gunakan status seperti: **Risiko belum lengkap — maklumat tambahan diperlukan.** Untuk K7 — Penyelewengan / Ketirisan, gunakan bahasa berhati-hati dan jangan membuat tuduhan muktamad tanpa bukti jelas. Sebelum memberikan jawapan akhir, semak semula: * semua ID Penemuan Bahagian 3 wujud dalam Bahagian 5; * semua ID Penemuan Bahagian 5 wujud dalam Bahagian 3; * jumlah Bahagian 3 = jumlah Bahagian 5 = N; * jumlah K1–K7 + Belum dapat dikelaskan = N; * N_sah + N_belum = N; * setiap Skor Risiko betul mengikut L × I; * setiap Tahap Risiko sepadan dengan skor; * tiada fakta, amaun, tarikh, status, halaman atau bukti direka; dan * Tahap Risiko Keseluruhan tidak dimuktamadkan jika penilaian masih belum lengkap. * semua Tajuk Pengauditan mempunyai Kod Tajuk bermakna yang unik; * Kod Tajuk digunakan secara konsisten dalam semua bahagian; * setiap ID Penemuan menggunakan format `PU[n]-[KOD TAJUK]-[NN]` dan sepadan dengan Kod Tajuk tajuk berkenaan.